Pernah tengok filem Mami Jarum.. tentu ada bukan, masih ingat tak masing-masing berlumba-lumba menunjukkan gelang emas melingkar hingga ke lengan. Aku masa kecil dulu juga pernah ada gelang hingga ke siku, itu semua hasil titik peluh aku sendiri.. bukan dari pemberian orang tua aku… Cuma gelang yang aku miliki tidak berharga, hanya gelang getah (rubber band) hasil kemenangan aku bermain gelang getah.
Main gelang getah atau main getah adalah salah satu permainan di zaman aku kanak-kanak, dahulu gelang getah mempunyai pelbagai warna yang menarik… merah, hijau, biru, kuning, merah hijau, biru kuning semuanya ada. Bukan macam sekarang hanya warna coklat sahaja, tak menarik langsung.
Ada pelbagai cara untuk bermain getah ini, yang paling mudah main tindih… boleh dimainkan seberapa ramai pun, tak ada had.. caranya dalah dengan berdiri di belakang garisan dan membaling getah tak kiralah jauh atau dekat… ikut strategi masing-masing.. balingan mengikut giliran… sesiapa yang dapat menindih getah sehingga membentuk lubang kecil dikira pemenang, dan dia akan ambil semua getah-getah yang telah dilemparkan. Mudah kan permainan dulu-dulu tetapi penuh dengan perkiraan dan strategi…
Cara kedua adalah dengan bermain lastik.. dua batang ukuran panjang lebih kurang 4 inci dipacakkan pada jarak 8-12 inci, kemudian getah direntang antara kedua-duanya… getah yang direntang tersebut merupakan tempat untuk meletakkan gelang getah.. bilangan gelang getah yang diletakkan bergantung kepada persetujuan pemain.. selalunya setiap pemain meletakkan 10 gelang getah jika ada 5 pemain sudah ada 50 gelang getah untuk dimenangi..
Untuk menentukan giliran, setiap pemain perlu melastik getah masing-masing jauh dari umpan… siapa yang paling jauh dia akan melastik dahulu, yang jadi masalahnya kalau terlalu jauh tentu susah untuk kena sasaran… kalau terlalu dekat ,takut belum sampai giliran umpan sudah mengena, melopong jawabnya… jadi sekali lagi ada perlu strategi dan perancangan…
Tapi yang menyedihkan orang tua-tua mengatakan mainan ini membuang masa sahaja… emm.. mereka tidak tahu dengan bermain getah ini banyak dapat dipelajari… terutama dalam matematik… belajar mencampur, menolak, mendarab dan membahagi… juga jangan lupa belajar fizik, sekuat mana getah perlu ditarik untuk mendapatkan kekuatan getaran yang dapat mengugurkan umpan dari rentangan.. belum termasuk kaedah menentukan rintangan/tolakkan angin, sinaran cahaya, kelembapan sekeliling dan pelbagai lagi… rasa-rasanya jika permainan ini diteruskan sehingga dewasa tentunya ramai ahli sains dapat dilahirkan…
Adakah kaedah ini boleh dipraktikkan di sekolah-sekolah, satu permainan yang tidak mahal tetapi pembelajaran yang didapati mencakupi pelbagai bidang… amacam.. apa pendapat anda seklian.