Ingat tak pada filem Samurai dan Star Wars, kedua-duanya banyak menggunakan pedang untuk bertarung… satu guna pedang besi dan satu lagi guna pedang leser… emm tapi tujuannya adalah sama iaitu untuk menewaskan musuh..
Disebabkan pengaruh tersebut masing-masing mula mencari pedang untuk berlawan tak kiralah yang dibeli atau buatan sendiri.. Pedang buatan sendiri lebih menarik dan nampak canggih berbanding pedang plastik yang dibeli… macam budak-budak lak kalau guna pedang plastik, dah lah mahal cepat rosak pulak.
Aku dan kawan-kawan lebih suka buat pedang sendiri, bahan mentah terdapat disekeliling kami…. yang perlu adalah kreativiti itu sahaja. Masuk dalam ladang cari anak pokok getah yang tinggi sedepa lagi lurus lagi baik… potong. Kemudian kulit ari nya diraut/buang… tinggalkan kulit dalam enam inci (emm kenapa mesti enam inci eh… mungkin saiz standard orang Asia kot hehehe) sebagai pemegang.
Lumurkan batang getah yang dah diraut itu dengan kapur sirih supaya getahnya dihapuskan dan akan menghasilkan batang warna kuning… cantik oiii.. jemur seketika supaya kapur itu meresap. Maka siaplah pedang dan sedia untuk digunakan untuk bertarung.
Masa berlawan sudah sampai, pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan… sama bagi sama ramai. Ketua kumpulan akan lawan dahulu tapi main mesti ada syarat… tak boleh kena anggota badan.. hanya pedang sahaja dilagakan. Lawanlah macam mana pun yang pasti pedang siapa patah dia kalah.. hehe.
Hukuman kepada pasukan yang kalah adalah.. membuat pedang baru dan serahkan kepada pemenang… emm lumayan banyak koleksi pedang nih… Cuma pedang tuh tak tahan lama sebab ia akan kering.. dan akhirnya jadi kayu bakar aja.
Mainan ini memang murah, tidak bahaya kalau ikut peraturan… ia meningkatkan semangat kerjasama antara pasukan dan belajar merangka strategi untuk menentang musuh. Ini kisah Samurai dan Star Wars, kalau cerita tenta Ninja lagi bahaya alatannya… nanti aku ceritakan.
Posted at 01:59 pm by kak-rah